My Life

Saturday, 17 September 2016

Sejarah Tahun 5 Unit 5 :
Perjuangan Tokoh Tempatan

Pahlawanku

1.  Dol Said
Image result for dol said
  • Menentang British bagi mempertahankan kedaulatan Naning.
  • Menentang pelaksanaan undang-undang British dan bayaran cukai.
  • Pada tahun 1831, Dol Said berjaya mengalahkan British dengan menggunakan taktik perang gerila dan mendapat bantuan pembesar dari daerah Seri Menanti, Sungai Ujong, Johol dan Muar.
  • Pada tahun 1832, British bertindak menawan pusat pentadbiran Naning dan membakar rumah penduduk.
  • British hanya dapat menewaskan Dol Said dalam serangan yang ketiga.

2. Rentap
Image result for rentap

  • Menentang James Brooke kerana menganggap orang Iban sebagai lanun dan telah menghapuskan petempatan mereka.
  • James Brooke telah mendirikan kubu di Nanga Skrang untuk mengawasi pergerakan orang Iban.
  • Pada tahun 1853, Rentap menyerang kubu James Brooke di Nanga Skrang dan mencapai kejayaan.
  • Rentap membina kubu pertahanan di Bukit Sadok. Ramai pahlawan Iban yang menyokongnya.
  • Rentap telah berundur ke Sungai Entabai dan tidak dapat dikesan selepas itu.

3. Dato' Maharaja Lela
Image result for dato maharaja lela

  • Menentang British kerana British memperkenalkan sistem cukai baharu dan campur tangan dalam adat resam orang Melayu.
  • Sultan Abdullah, Dato' Maharaja Lela dan pembesar-pembesar lain telah mengambil keputusan untuk membunuh J.W.W. Birch.
  • Dato' Maharaja Lela telah ditangkap dan dijatuhkan hukuman gantung pada tahun 1877.

4. Yamtuan Antah
Image result for yamtuan antah

  • Menentang British kerana tidak bersetuju dengan perjanjian antara British dengan Dato' Kelana Sungai Ujong.
  • Yamtuan Antah juga tidak bersetuju dengan tindakan British menyokong tindakan Dato' Kelana yang mengistiharkan Terachi sebagai wilayahnya.
  • Yamtuan Antah telah menawan Paroi dan membina kubu pertahana.
  • Pihak British mengalahkan pasukan Yamtuan Antah.
  • Yamtuan Antah terpaksa berundur ke Bukit Putus.
  • Yamtuan Antah dan British telah mengadakan rundingan perdamaian.
  • Yamtuan Antah telah diiktiraf sebagai Yamtuan Besar Seri Menanti.

5. Antanom 
Image result for antanom
  • Menentang SBUB kerana kehilangan kuasa dan pengaruh, menentang pembayaran cukai yang dikenakan, menjadikan orang Murut sebagai buruh paksa dan menceroboh kawasan hutan orang Murut untuk membina jalan.
  • Antanom telah menyatukan orang Murut untuk menentang SBUB.
  • Pada tahun 1915, Antanom telah menyerang Pensiangan dan membina kubu di Sungai Selangit.
  • Terkorban dalam pertempuran di Sungai Selangit.



Sumber rujukan :
Buku Teks Sejarah Tahun 5 Sekolah Kebangsaan




Saturday, 10 September 2016

Sejarah Tahun 5 Unit 1


Raja dan Kerajaan

Sultan /Raja:
-Ketua kerajaan yang berkuasa ke atas rakyat dan kerajaannya.
-Menduduki tempat yang tertinggi dalam sistem pemerintahan.
-Payung kepada rakyat.

Kerajaan:
-Institusi yang bertanggungjawab menggubal dan melaksanakan  dasar sesebuah negara.
-Berperanan sebagai pengaman dan penentu arah kehidupan  masyarakat.

Institusi Raja Tonggak Kedaulatan Negara

1. Sistem pemerintahan yang diamalkan di negara kita ialah sistem demokrasi berparlimen.

2. Sistem pemerintahan di Malaysia adalah di bawah pentadbiran Raja Berperlembagaan.

3. Yang di-Pertuan Agong:
-merupakan ketua Negara Malaysia atau ketua   
 Kerajaan
-menduduki tempat tertinggi dalam sistem
 pemerintahan
-merupakan raja yang memerintah mengikut
 Perlembagaan Negara serta dinasihati oleh kabinet.

4. Struktur pentadbiran negara terbahagi kepada 3  
bahagian:
    a) badan perundangan
    b) badan pemerintahan
    c) badan kehakiman

5. Perdana Menteri merupakan ketua pentadbiran
   negara.
            「perdana menteri malaysia」的圖片搜尋結果
                       Perdana Menteri Malaysia Sekarang

6. Perdana Menteri dilantik oleh Yang di-Pertuan
   Agong daripada ketua parti yang memenangi pilihan
   raya umum.


Kedaulatan Raja:
-Konsep daulat dan derhaka wujud disebabkan adanya hubungan dua hala antara Raja dan rakyat sebelum zaman Kesultanan Melayu Melaka lagi.
-Berasal daripada perkataan daulah, iaitu kekuasaan.
-Memberi penghormatan tertinggi kedapa raja.
-Melambangkan kekuasaan Raja terhadap 
-Raja dianggap berdaulat setelah ditabalkan di istiadat pertabalan secara rasmi.



Rujukan:https://www.scribd.com/doc/301415598/Nota-Sejarah-Tahun-5-Bab-1

Thursday, 25 August 2016


Sejarah Tahun 5 Unit 4 :
Tergugatnya Kedaulatan Negara

Kedatangan Kuasa Luar

  •  Kedudukan negara kita yang strategik telah menarik kuasa luar untuk menjajah dan campur tangan
  • Negara kita juga mempunyai hasil bumi yang amat bernilai.
  •  Antara kuasa luar yang pernah menjajah negara kita ialah Siam, Portugis, Belanda, British dan Jepun.




Penjajahan dan Campur Tangan British


  • Kekayaan hasil bumi mendorong kuasa luar bersaing untuk menguasai Tanah Melayu, Sarawak dan Sabah
  • Persaingan ini menyebabkan British meluaskan pengaruhnya ke negara kita.
  • Terbentuk beberapa jenis pentadbiran yang berbeza.



        Negeri-negeri yang dijajah dan mendapat campur tangan British

Kesan Sosioekonomi di Negeri-negeri Melayu Bersekutu dan Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu

Perkembangan Pengangkutan dan Perhubungan

  • ·       Jalan kereta api dari Taiping ke Port Weld
  • ·       Jalan raya bagi menghubungkan Kuala Lumpur dengan Ipoh
  • ·       Sistem pos dan telegraf dari Seremban ke Johor Bahru

Perkembangan Sistem Pendidikan

  • ·       Sekolah Melayu seperti Sekolah Melayu Kelang
  • ·       Sekolah Cina seperti Sekolah Cina Yuk Chai di Kuala Pilah
  • ·       Sekolah Tamil seperti Sekolah Tamil Vivekananda di Kuala Lumpur

Perkembangan Ekonomi

  • ·       Perusahaan bijih timah seperti di Rawang
  • ·       Perladangan gambir dan lada hitam
  • ·       Pelabuhan seperti Pelabuhan Klang

Perkembangan Masyarakat Berbilang Kaum

  • ·       Melayu
  • ·       Cina
  • ·       India

Kemunculan Bandar Baharu

  • ·       Taiping
  • ·       Ipoh





Sumber Rujukan:
Buku Teks Sejarah Tahun 5 Sekolah Kebangsaan
http://www.slideshare.net/gangagouri/folio-tahun-5-penjajahan-dan-tokoh