My Life

Saturday 10 September 2016

Sejarah Tahun 5 Unit 1


Raja dan Kerajaan

Sultan /Raja:
-Ketua kerajaan yang berkuasa ke atas rakyat dan kerajaannya.
-Menduduki tempat yang tertinggi dalam sistem pemerintahan.
-Payung kepada rakyat.

Kerajaan:
-Institusi yang bertanggungjawab menggubal dan melaksanakan  dasar sesebuah negara.
-Berperanan sebagai pengaman dan penentu arah kehidupan  masyarakat.

Institusi Raja Tonggak Kedaulatan Negara

1. Sistem pemerintahan yang diamalkan di negara kita ialah sistem demokrasi berparlimen.

2. Sistem pemerintahan di Malaysia adalah di bawah pentadbiran Raja Berperlembagaan.

3. Yang di-Pertuan Agong:
-merupakan ketua Negara Malaysia atau ketua   
 Kerajaan
-menduduki tempat tertinggi dalam sistem
 pemerintahan
-merupakan raja yang memerintah mengikut
 Perlembagaan Negara serta dinasihati oleh kabinet.

4. Struktur pentadbiran negara terbahagi kepada 3  
bahagian:
    a) badan perundangan
    b) badan pemerintahan
    c) badan kehakiman

5. Perdana Menteri merupakan ketua pentadbiran
   negara.
            「perdana menteri malaysia」的圖片搜尋結果
                       Perdana Menteri Malaysia Sekarang

6. Perdana Menteri dilantik oleh Yang di-Pertuan
   Agong daripada ketua parti yang memenangi pilihan
   raya umum.


Kedaulatan Raja:
-Konsep daulat dan derhaka wujud disebabkan adanya hubungan dua hala antara Raja dan rakyat sebelum zaman Kesultanan Melayu Melaka lagi.
-Berasal daripada perkataan daulah, iaitu kekuasaan.
-Memberi penghormatan tertinggi kedapa raja.
-Melambangkan kekuasaan Raja terhadap 
-Raja dianggap berdaulat setelah ditabalkan di istiadat pertabalan secara rasmi.



Rujukan:https://www.scribd.com/doc/301415598/Nota-Sejarah-Tahun-5-Bab-1

4 comments:

  1. Bagus! Saya dapat memahami sistem pemerintahan di negara kita dengan jelas.

    ReplyDelete
  2. Bagus nota anda! Nota anda telah menerang dengan teliti tentang Raja dan Negara kita. Oleh itu, saya telah lebih memahami tentang pemerintahan dan struktur negara kita.

    ReplyDelete
  3. Saya rasa nota anda sangat sistematik dan mudah difahami. Teruskan berusaha ya!!

    ReplyDelete
  4. thank you for creating this blog!

    ReplyDelete