My Life

Saturday 17 September 2016

Sejarah Tahun 5 : Unit 8
Jata Negara

Jata Negara
    Merupakan identiti Negara Malaysia yang telah diperkenakan oleh Raja-raja Melayu.

·      Bintang dan Bulan Sabit mewakili Islam sebagai Agama Persekutuan.
·      Bintang pecah 14 menandakan 13 buah negeri dan sebuah Wilayah  Persekutuan dalam Malaysia.



§  Warna Kuning pada awan-awan ialah warna diraja bagi Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja.
§  Terdapat cogan kata,Bersekutu Bertambah Mutuyang ditulis dalam tulisan Rami dan Jawi.

o  Lima bilah keris mewakili negeri Perlis, Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor.

   Terdapat empat warna mewakili bendera negeri-negeri seperti yang berikut:
Warna Bendera
Negeri
Hitam, Putih dan Kuning
Perak
Merah dan Kuning
Selangor
Hitam dan Putih
Pahang
Merah, Hitam dan Kuning
Negeri Sembilan

           






Ø Harimau sebagai lambang keberanian.
Ø Pokok Pinang mewakili Negeri Pulau Pinang.
Ø Pokok Melaka mewakili Negeri Melaka.

ü Dua jata di bahagian bawah perisai menandakan:
-Negeri Sabah di sebelah kiri
-Negeri Sarawak di sebelah kanan

§  Bunga Raya iaitu Bunga Kebangsaan terletak di bucu perisai.


ü Empat buah negeri yang diwakili oleh warna bendera pernah menjadi Negeri-negeri Melayu Bersekutu.
ü Lima buah negeri yang diwakili oleh keris pernah menjadi Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu. 
                                                                                                                           

Sumber Rujukan :
Buku Teks Sejarah Tahun 5 Sekolah Kebangsaan

3 comments:

  1. Tahniah!Anda telah berjaya menghasilkan blog yang menarik.

    ReplyDelete
  2. Terima kasih atas info tersebut.

    ReplyDelete
  3. merit casino free play,✓n`n`n'n
    3131 N. 인카지노 Washington DC 20216 USA. 【 E-mail: info@yatesports.com】 【 MGM Resorts International choegocasino 】 】 【 Casino 메리트 카지노 주소 City】.

    ReplyDelete