My Life

Saturday 17 September 2016

Sejarah Tahun 5 Unit 5 :
Perjuangan Tokoh Tempatan

Pahlawanku

1.  Dol Said
Image result for dol said
  • Menentang British bagi mempertahankan kedaulatan Naning.
  • Menentang pelaksanaan undang-undang British dan bayaran cukai.
  • Pada tahun 1831, Dol Said berjaya mengalahkan British dengan menggunakan taktik perang gerila dan mendapat bantuan pembesar dari daerah Seri Menanti, Sungai Ujong, Johol dan Muar.
  • Pada tahun 1832, British bertindak menawan pusat pentadbiran Naning dan membakar rumah penduduk.
  • British hanya dapat menewaskan Dol Said dalam serangan yang ketiga.

2. Rentap
Image result for rentap

  • Menentang James Brooke kerana menganggap orang Iban sebagai lanun dan telah menghapuskan petempatan mereka.
  • James Brooke telah mendirikan kubu di Nanga Skrang untuk mengawasi pergerakan orang Iban.
  • Pada tahun 1853, Rentap menyerang kubu James Brooke di Nanga Skrang dan mencapai kejayaan.
  • Rentap membina kubu pertahanan di Bukit Sadok. Ramai pahlawan Iban yang menyokongnya.
  • Rentap telah berundur ke Sungai Entabai dan tidak dapat dikesan selepas itu.

3. Dato' Maharaja Lela
Image result for dato maharaja lela

  • Menentang British kerana British memperkenalkan sistem cukai baharu dan campur tangan dalam adat resam orang Melayu.
  • Sultan Abdullah, Dato' Maharaja Lela dan pembesar-pembesar lain telah mengambil keputusan untuk membunuh J.W.W. Birch.
  • Dato' Maharaja Lela telah ditangkap dan dijatuhkan hukuman gantung pada tahun 1877.

4. Yamtuan Antah
Image result for yamtuan antah

  • Menentang British kerana tidak bersetuju dengan perjanjian antara British dengan Dato' Kelana Sungai Ujong.
  • Yamtuan Antah juga tidak bersetuju dengan tindakan British menyokong tindakan Dato' Kelana yang mengistiharkan Terachi sebagai wilayahnya.
  • Yamtuan Antah telah menawan Paroi dan membina kubu pertahana.
  • Pihak British mengalahkan pasukan Yamtuan Antah.
  • Yamtuan Antah terpaksa berundur ke Bukit Putus.
  • Yamtuan Antah dan British telah mengadakan rundingan perdamaian.
  • Yamtuan Antah telah diiktiraf sebagai Yamtuan Besar Seri Menanti.

5. Antanom 
Image result for antanom
  • Menentang SBUB kerana kehilangan kuasa dan pengaruh, menentang pembayaran cukai yang dikenakan, menjadikan orang Murut sebagai buruh paksa dan menceroboh kawasan hutan orang Murut untuk membina jalan.
  • Antanom telah menyatukan orang Murut untuk menentang SBUB.
  • Pada tahun 1915, Antanom telah menyerang Pensiangan dan membina kubu di Sungai Selangit.
  • Terkorban dalam pertempuran di Sungai Selangit.



Sumber rujukan :
Buku Teks Sejarah Tahun 5 Sekolah Kebangsaan




4 comments:

  1. Nota anda mempunyai gambar tokoh-tokoh yang memudahkan pembaca mengenai wajah tokoh-tokoh tempatan. Di samping itu, video tersebut juga membolehkan kita lebih mengenai tentang penjuangan tokoh-tokoh tempatan kita. Dengan ini, kita akan lebih mengetahui penjuangan mereka dan akan menghormati mereka.Bagus nota anda!

    ReplyDelete
  2. Nota anda mudah dibaca, difahami, dan dihafal, memang banyak membantu ✌

    ReplyDelete
  3. Saya suka dengan nota ini kerana telah menjelaskan perjuangan tokoh tempatan dengan jelas dan secara langsung memupuk semangat patriotik dalam jiwa kita. Teruskan berusaha.

    ReplyDelete